Wednesday 29 December 2010

mengapa perlu bersarapan??

selamat pagi kepada blogger semua..pagi ni aku nak share sikit pasal sarapan ok.aku kat rumah je selalu sarapan.kalau kat u dulu memang haram ah nak makan.waktu pagi=waktu tidur.hehe.cuma masa final exam je la pegi sarapan sebab overnight study(macam betul je).so,apa yang orang tahu mengenai sarapan,kepentingan sarapan??tahu ke tak?haha.aku pun memang tak tahu.bila da tahu ni kena la share.tips yang berguna kan.

sedapnya kalau dapat makan ni........









Sarapan atau dalam Bahasa Inggeris – “Breakfast” merupakan perkataan yang cukup jelas mengenai makna disebaliknya. “Break” daripada “fast”, atau penterjemahan mudahnya – hidangan yang diambil untuk buka daripada puasa (setelah tidur semalaman!) Malangnya ramai di antara kita mengabaikan kepentingan bersarapan untuk memulakan hari.
Sarapan atau dalam Bahasa Inggeris – “Breakfast” merupakan perkataan yang cukup jelas mengenai makna disebaliknya. “Break” daripada “fast”, atau penterjemahan mudahnya – hidangan yang diambil untuk buka daripada puasa (setelah tidur semalaman!) Malangnya ramai di antara kita mengabaikan kepentingan bersarapan untuk memulakan hari.

Kebanyakan daripada kita makan malam pada pukul lapan, mungkin satu atau dua jam lebih awal atau lambat dan selepas itu melalui tempoh 12 jam tanpa sebarang hidangan. Jika diikutkan ia samalah dengan separuh hari tanpa makanan! Ada pula yang menghalang makanan daripada masuk ke dalam tubuh dengan tidak bersarapan!

Tidak bersarapan dilihat sebagai sesuatu yang trendy masa kini – terutamanya di kalangan mereka yang muda dan urban yang tidak langsung bertimbang untuk memilih sama ada sandwic strawberi dan secawan kopi panas ataupun kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja. Ditambah lagi dengan masa yang diperlukan untuk bersolek serta bersiap untuk ke tempat kerja, nampaknya sarapan sudah tentu tidak lagi menjadi keutamaan.

Satu lagi sebab popular untuk tidak mengambil sarapan adalah pengurusan berat badan. Kita semua mahu menghilangkan setengah kilogram yang cukup menjengkelkan itu. Kita mungkin tidak suka mendengarnya tetapi tahukah anda yang tidak mengambil sarapan boleh memberikan kesan sebaliknya dan menyebabkan berat badan kita naik! Whoaaa. Ini kerana kita pasti kelaparan bila tibanya waktu makan tengahari jadi kita akan makan lebih banyak berbanding biasa. Dan jika selalunya anda cuma memakan kuay teow sup ketika tengahari, anda mungkin memilih untuk sesuatu yang lebih berlemak seperti kari laksa atau kuay teow goreng.

Sarapan yang sihat seharusnya terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan seperti karbohidrat kompleks (seperti bijian penuh, bijirin sarapan atau roti gandum penuh), protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Anda boleh mendapatkan protein daripada telur, tuna, kekacang, keju atau susu. Bijian penuh juga boleh memberikan anda rasa kenyang untuk satu jangka masa yang lama kerana kandungan seratnya tinggi. Ia juga membekalkan vitamin dan mineral penting untuk tubuh. Secara asasnya, anda akan selamat sekiranya anda mematuhi Piramid Makanan yang cukup popular itu.

Sarapan juga akan menetapkan corak untuk sepanjang hari dan pastinya anda akan lebih positif kerananya. Ingat – minda, tubuh dan rohani anda memerlukan tenaga untuk berfungsi pada tahap optimum. Antara manfaatnya termasuklah tahap tenaga lebih tinggi, daya tumpuan lebih tinggi dan perasaan sihat sepenuhnya. Berehat sebentar pada waktu pagi juga mampu memberi sedikit masa untuk kita bertenang dan merancang jadual sepanjang hari.

Kereta pun tidak boleh dipandu tanpa minyak, inikan pula tubuh kita, kan? Sekiranya jadual pagi anda begitu padat dan tidak mengizinkan anda untuk menikmati sarapan sewajarnya, tukarkan saja “breakfast” kepada “fast break” – makanlah sesuatu yang mudah dan pantas!

Tip Mudah: Sebagai alternatif, anda boleh mula menyediakan sarapan pada malam sebelumnya. Sediakan susu, muesli bar, yoghurt atau minuman yoghurt yang mudah dihidangkan. Fikirlah, tiada alasan kenapa anda mesti mengabaikan hidangan yang paling penting dalam sehari..

sumber - nestle 

catatan aku :
kadang-kadang kita ambil mudah dengan tak bersarapan.alasannya tak sempat,malas.tapi dengan tidak bersarapan,daripada mana kita nak dapatkan sumber tenaga untuk bekerja atau melakukan aktiviti harian.penting sarapan ni.cuma kita ni je yang kadang-kadang tidak peduli dengan semua 2.aku pun nak bersarapan je pasni.at least makan roti.nak segarkan balik otak aku yang da "jem"..haha..ok la..selamat bersarapan semua...............

13 comments:

umi aku pon selalu marah kalo aku tak breakfastt... tapi mana sempat, kdg2 bgn pon sempat2 nak pi kls jekk! huahh
 
Aku kalau tak breakfast aku brunch aje (breakfast + lunch) Tapi memang breakfast nih penting

<a href =
 
jemputla ke blog aku

mai la jadi follower aku
 
Well, I have to beg the differ. According to health Guru, it is best not to take, or take only light breakfast, that is because, you will need to energy and concerntrasion in your work and studies.

If you're eating, we'll be using all the energy in digestion.

Join Exabytes Angel Program now and get RM50 bonus upon sign up.
http://exabytes.com.my/partners/angel/
 

@AISHA INANIhahaha..kesian3..bangun la awal pasni..huhu

 

@aku untuk kamubrunch ea??nice..haha..follow suda..

 

@Chuckie Cottonyup..i'm totally agree with you..that why we need to wake up and take breakfast early in the morning..so the food will digest faster.. ;)

 
same lah ..selalu kena bebel sebab malas nak sarapan..hehe
 
Aku tak kisah kalau tak sarapan.. Dah biasa.. Kalau bebetul lapar baru makan..
 

@puteri ainhahaha..jangan lupa makan pasni ;)

 

@fairusaku pun da biasa tak sarapan.tapi bila sarapan,badan lagi fresh la...

 
aku kne bfast sb ade gastrik.huhu!
 

@mimiehuhu...sakit x gastrik??

 

Post a Comment

err..komen laa...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subscribe Now

tinggalkan tapak tangan anda

Powered by Blogger.