Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Monday, 21 February 2011

Seorang Lelaki Menamakan Anak Pertamanya "Facebook"

Bagaimana kalau anda berkawan dengan seorang sahabat yang bernama facebook? Macam pelik je kan..tapi itulah yang dilakukan seorang lelaki mesir yang memberi nama anak perempuannya sebagai “Facebook”.

Berita dipetik oleh Al – Ahram dan diterjemahkan ke bahasa inggeris oleh techcrunch.

Seorang pemuda berusia 20an ingin mengungkapkan rasa terima kasihnya kerana telah mencapai kemenangan pada 25 Januari lalau. Dia memilih untuk mengekspresikan dalam perasaannya itu dengan menamakan anak gadis sulung nya "Facebook" Jamal Ibrahim.Keluarga bayi itu, rakan-rakan, dan tetangga di kawasan-kawasan setempat meraikan kelahiran tersebut untuk menunjukkan tanda terima kasih kerana revolusi yang bermula di Facebook. "Facebook" menerima banyak hadiah dari ramai orang yang sangat gembira denganan kelahiran dan nama barunya. Nama ‘Facebook” ini telah menggemparkan seluruh dunia. 

P/S : agak-agak anda la kan,nanti kalau "Facebook" sudah ada anak,dia bagi nama apa kat anak dia ye? =)

Wednesday, 9 February 2011

Kepada Yang Suka Tekan "LIKE" Kat Facebook,Sila Baca Ni !!

Selamat petang kepada semua blogger..
Ok.Entri ini khas untuk sesiapa yang suka tekan "like" kat facebook ni. Kenapa pulak dengan "likers" ni kan?Aku ada benda nak cakap.bukannya nak marah la..good boy tak suka marah orang..nanti tak good dah =)
Apa dia aku nak cakap?sila baca dan lihat bawah ni..

BROS akan menyumbang 50 sen untuk membeli dua sistem rawatan kumbahan dan sistem bekalan air untuk masyarakat yang memerlukan di Vietnam
"Sasaran kempen menerusi laman peminat BROS ini adalah untuk mendapatkan 20,000 klik pada simbol 'Like' bagi membolehkan sebanyak RM10,000 digunakan untuk membina dua sistem air dan rawatan kumbahan itu. Petikan dari kosmo

Ini adalah satu kempen yang untuk membantu orang lain. Apa yang diperlukan hanyalah satu klik.kalau kita boleh klik "like" untuk artis-artis terkenal,kenapa kita tidak klik "like" program ni??
untuk memudahkan anda - sila klik sini - www.facebook.com/brosnews

bila sudah buka link kat atas ni,dia akan keluar macam ni..


ok..bukti aku dah like =)
Akhir kata,jangan lupa like ok!! mari la kita sama-sama buat kerja amal..tak perlukan duit anda pun.. =)

P/S : yang tak suka like pun,apa salahnya like kan..

Sunday, 6 February 2011

Paris Hilton Masuk Islam? Betul Ke?

Err, betul ke Paris Hilton masuk Islam ni?
Ada ke yang tak kenal Paris Hilton? kontroversi dengan Paris ibarat aur dengan dengan tebing..kalau tak kenal dia,tak tahu la nak cakap ape.. =)
Tengok la gambar-gambar di bawah ni..
Betul atau tidak? Rasa-rasa korang? Hmm..aku pun tak tahu la...masih ragu-ragu lagi ni...

macam edit..
hmm..
paris hilton sembahyang?
baca doa?
sumber gambar - www.nxtnews.com

Paris hilton merancang untuk menukar namanya menjadi 'Tahirah' yang bererti 'murni, suci' dalam bahasa Arab. Dia juga bercadang untuk membuka sekolah Islam sendiri di Beverly Hills.
Jadi betul atau tidak? Hanya Allah S.W.T yang betul-betul tahu kalau dia memang dah memeluk agama Islam..

Saturday, 5 February 2011

Google VS Bing | siapa betul,siapa salah?

Ini adalah isu antara pihak Google dan Microsoft. Pihak Google telah mengatakan yang Bing Microsoft telah meniru Google. Tapi pihak Microsoft menafikannya. Apa yang di tiru??
Semuanya bermula dengan perkataan  “tarsorrhaphy”.  Pihak Google sedang melihat hasil pencarian untuk perkataan “torsorophy”(salah eja la).
lihat gambar bawah ni untuk faham..

ejaan silap(torsorophy) tapi dengan pembetulan perkataan( tarsorrhaphy)


ejaan silap tapi tiada pembetulan...hmmm



masa tu, Bing tiada pembetulan untuk kesalahan ejaan itu. Bing telah tunjukkan hasil carian mereka tanpa menawarkan pembetulan perkataan (seperti gambar). Jadi pihak Google merasakan ada sesuatu yang tidak kena sebab macam mana mereka menujukkan hasil carian kepada pengguna mereka tanpa pembetulan ejaan? Seandainya mereka tahu ejaan yang betul, mereka boleh menunjukkan beberapa lagi hasil carian yang lebih relevan(jika dah betulkan perkataan)..

Hmm… siapa salah,siapa betul?aku pun tak tahu..biarlah diorang cari bukti-buktinya dulu..huhu

Tuesday, 1 February 2011

Statistik Banjir Di Johor | Cara Memandu Ketika Banjir


Statistik banjir di negeri Johor Darul Takzim..

Segamat - 14,016 mangsa daripada 2,758 keluarga dipindahkan ke 88 pusat pemindahan banjir.
Kluang - 11,022 mangsa daripada 2,659 keluarga dipindahkan ke 52 pusat pemindahan.
Johor Bahru - 8,386 mangsa daripada 2,166 keluarga dipindahkan 24 pusat pemindahan.
Ledang - 3,401 mangsa daripada 775 keluarga dipindahkan ke 22 pusat pemindahan.
Muar - 1,877 mangsa daripada 434 keluarga dipindahkan ke 20 pusat pemindahan.
Batu Pahat - 1,749 mangsa daripada 369 keluarga dipindahkan ke 21 pusat pemindahan.
Kota Tinggi - 1,637 mangsa daripada 390 keluarga dipindahkan 16 pusat pemindahan.
Kulaijaya - 1,513 mangsa daripada 370 keluarga dipindahkan ke 11 pusat pemindahan banjir.
Pontian - 355 mangsa daripada 76 keluarga dipindahkan ke 6 pusat pemindahan.

Kes kematian2 kes( kulai dan segamat)

kes di kulaijaya


Tips untuk pemandu meredah jalan yang dinaiki air, Iaitu:-

  1. Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar
  2. Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan
  3. Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan
  4. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.
sumber tips : TATACARA MEMANDU KETIKA HUJAN
P/S : kalau boleh elakkan meredah jalan yang dinaiki air..kita tak tahu betapa deras arus air
          yang mengalir..sayangi nyawa anda dan orang tersayang...
                                                                                                                                                                                                   

Monday, 31 January 2011

Akhirnya Ariel Peterpan Dipenjara 3 Tahun 6 Bulan dan Didenda 250juta!!

Akhirnya Nazril Irham atau lebih dikenali sebagai Ariel peterporn peterpan dipenjara 3 tahun 6 bulan dan denda Rp250 juta..(berapa ye?agak2 aku RM85000)
Pada mulanya pendakwaraya mahukan Ariel dipenjara selama 5 tahun 6 bulan tetapi diringankan.

ariel dipenjara

Ariel terbukti bersalah di atas tuduhan sengaja mengedarkan video-video lucahnya yang melibatkan dirinya Luna Maya dan Cut Tari.
cut tari dan luna maya
Disebabkan video tersebut,beliau menjadi TERKENAL sehingga pelakon video lucah,maria ozawa ingin berkenalan dengannya(kena tunggu keluar penjara la...)

maria ozawa

p/s : kan bagus kalau siapa-siapa yang merakam,terakam,perakam video seks kena denda & penjara..

Wednesday, 26 January 2011

Isu jejak UFO | fakta atau auta??

UFO sedang melawat asia tenggara ke sekarang ni? mengikut berita kosmo, ada satu lagi jejak UFO ditemui di Yogyakarta. mari kita lihat gambar di bawah ni...

jejak ufo di yogyakarta

sebelum itu, telah ada jejak UFO di Sleman, Indonesia

jejak ufo di sleman

sebelum ada berita tentang UFO datang malaysia.adakah UFO sedang mengadakan sesi lawatan sekarang ni ?tak tahu la... mengikut petikan berita kosmo, "Antara yang hadir semalam dan turut memberikan pendapat mengenai bentuk itu ialah beberapa pegawai dari agensi angkasa lepas Indonesia, ahli-ahli astronomi dan pegawai-pegawai agensi nuklear.
Kesemua mereka bagaimanapun, bersetuju bentuk misteri itu bukan disebabkan UFO". - Agensi

eh,kat sana siap ade orang jual gambar..yela...dah beribu-ribu orang datang..jual air seringgit secawan,kalau seribu orang beli? wow!! pakcik kayo..haha



p/s : nampak jejak pelik2 sikit,mesti cakap UFO mendarat..aku nak mesin rumput la camni,wat bentuk cantik2,pastu cakap UFO datang..mesti glamour nanti..hahaha

Tuesday, 18 January 2011

Wahhh!! UFO Datang Malaysia!!

“Mak!! Ada UFO” mungkin itu adalah perkataan yang biasa kita akan dengar tak lama lagi..kenapa?itu gara-gara ada seekor seketul seulas sebiji UFO yang datang melawat Malaysia minggu lalu. Betul atau tidak?mari kita tengok gambar ni.

tengok dalam bulatan

Saturday, 15 January 2011

Awas!! Jangan Sampai TERTIPU!!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Pagi ni aku nak share tentang blog yang memaparkan isu penipuan yang semakin meningkat sekarang. Blog ni dilancarkan semalam oleh  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Jika korang pernah kena tipu,boleh la bagi info dan maklumat agar orang lain tidak tertipu. Anda boleh menyemak maklumat tentang pelbagai jenis penipuan di dalam blog http://forumsemak.blogspot.com/  
aku da tengok da.korang bila lagi.

forum semak.
Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata pengguna boleh menyemak maklumat di dalam blog http://forumsemak.blogspot.com/ yang memaparkan pelbagai jenis penipuan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab melibatkan jutaan ringgit sehingga serendah RM20.
“Pelbagai jenis aduan penipuan yang kita terima selama ini kita kumpulkan dan paparkan di dalam blog ini seperti penipuan melalui SMS (sistem pesanan ringkas) serta online, gores dan menang, pinjaman melalui koperasi, MLM dan banyak lagi.  sumber - sinar harian

Jadi sebelum anda tertipu,semak la dulu kat forum ni ok. Jangan mudah sangat terpedaya  dengan taktik penipuan yang memang licik tu. Aku pun pernah dapat sms,email suruh join program-program macam ni. Tapi tanpa membaca sampai habis,aku terus delete. Jangan harap la aku nak join. Membazir duit je. Memang lah modal dia tak besar pun,tapi boleh ke menjamin keuntungan? tengok la dulu info-info tentang program-program yang korang nak join tu. jangan la senang-senang je join.
Jangan sampai tertipu!!

Wednesday, 12 January 2011

Pengasas WikiLeaks Julian Assange Akan Mati??

Macam-macam leaks sekarang ni..tapi yang paling famous-amos mestilah Wikileaks. Siapa pengasasnya?pak mat tempe?bukanlah.. Julian Assange,itulah namanya. Tapi mungkin dia dah tak lama lagi agaknya.. Mengikut apa yang peguam dia cakap, Julian Assange mungkin akan menjalani hukuman di U.S  kalau dia diekstradisi ke Sweden.
Dia dicari oleh pihak berkuasa Sweden kerana  mungkin melakukan dia keganasan seksual terhadap dua perempuan ketika berkunjung ke Stockholm pada bulan Ogos.
Pasukan pembelaannya percaya jika dia diekstradisi ke U.S, mungkin dia boleh ditahan di Guantanamo Bay atau mungkin dijatuhi hukuman mati.


Tuesday, 11 January 2011

fasha sandha berbikini tapi azam tahun 2011 tak mahu seksi...



KUALA LUMPUR – Pelakon popular Fasha Sandha melahirkan rasa kesal atas perbuatannya memakai bikini sehingga gambar dia berpakaian begitu ketika bercuti di pantai Tanjung Benoa, Bali, Indonesia pada 30 Disember lalu tersebar di Internet.
“Ya, memang benar ini gambar saya yang memakai bikini dan kain pario berwarna hijau,” katanya menerusi laman sosial Facebook peminatnya, WE LOVE FASHA SANDHA.
Dalam laman web itu, turut disiarkan satu lagi foto seksi Fasha bersama seorang rakannya yang tidak dapat dipastikan identitinya.
Menurut Fasha, 27, gambar-gambar dia berbikini bersama tiga rakan wanitanya itu telah dimuat naik oleh sahabatnya yang hanya dikenali sebagai Syazwani dalam laman Facebook ketika bercuti di Bali baru-baru ini.
sumber - kosmo


Azam baru tahun 2011 fasha sandha??


So, persoalannya...macam mana ni?boleh percaya ke dengan azam dia ni?haha

btw, dia dah minta maaf dan berharap isu ini tidak digembar-gemburkan. tapi nak buat macam mana,benda dah terjadi.. lama sikit kot baru reda isu ni.. yela..macam virus gak,kalau dah tersebar,ingat senang ke nak hentikannya? So,bersabar je la ye cik fasha...

Sunday, 9 January 2011

Pak haji cabul murid tadika




HULU SELANGOR 8 Jan. - Syaitan bertopengkan 'pak haji'.Watak itu sesuai digambarkan terhadap seorang ketua kampung berusia 53 tahun di sini yang didakwa tergamak mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun sejak dua tahun lalu.
Lebih terkutuk, lelaki itu menjadikan murid-murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang dikendalikan isterinya sebagai mangsa.
Bagaimanapun, tindakannya itu terbongkar selepas seorang mangsa mengadu mengalami kesakitan di bahagian kemaluan kepada ibunya Rabu lalu.
Berikutan itu, ibu mangsa yang merupakan pembantu Pegawai Kesihatan membuat laporan di Balai Polis Kuala Kubu Bahru di sini berhubung kejadian tersebut.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Norel Azmi Yahya Affandi berkata, menurut laporan yang dibuat, mangsa dimasukkan ke pusat asuhan itu sejak berusia empat tahun.
"Sejak dimasukkan ke situ, mangsa dipercayai dicabul beberapa kali oleh seorang lelaki dikenali sebagai 'Pakcik Jan'.
"Kali terakhir mangsa dicabul ialah pada Selasa lalu sebelum kanak-kanak itu mengadu sakit di bahagian kemaluan. Berikutan itu, ibu mangsa membawa anaknya menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum laporan polis dibuat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan, mangsa sering diraba di bahagian kemaluan ketika berada di pusat asuhan berkenaan.
Norel Azmi menambah, hasil laporan tersebut, pihaknya telah menahan suspek yang tinggal di Kampung Kelapa, Kuala Kubu Bahru pada Rabu lalu.
Menurutnya, suspek telah direman selama tiga hari sejak ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 377(E) Kanun Keseksaan.        sumber - utusan                                                                                

Kalau betul suspek tu bersalah,memang gila la.Kan budak-budak lagi tu. Kesiannye kat budak-budak yang jadi mangsa. Macam mana la masa depan diorang nanti. Dah la tadika PASTI, mesti ibu bapa  harapkan anak diorang dapat didikan agama yang betul kat situ.  Memang  bodoh la orang ni. Kalau ni memang patut la dia di gelar pak haji setan. Patutnya dia la menjadi pebimbing kanak-kanak tu,tapi  dia yang menghancurkan. harapkan pagar,pagar makan padi.Dia tak patut digelar pak haji kalau berperangai macam tu. Ketua kampong pulak tu. Agaknya macam mana la dia jaga kebajikan orang-orang kampong dia…hmm   tapi yang aku hairan,macam mana budak tu boleh di cabul. Takkan takde orang yang jaga budak-budak tu?  Sebab ikut berita, budak tu di cabul sejak dua tahun lalu. Takkan tiada yang tahu? hmmm......     

Saturday, 8 January 2011

Takziah Kepada Keluarga Mangsa Tikam, Allahyarhamah Nurul Ain Ashikin Jemedi

selamat pagi semua...baru lepas baca berita pasal si ain ni tadi..kesian betul.dia meninggal lepas 22 hari dia kena tikam tu..aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah nurul ain ashikin.semoga roh beliau dicucuri rahmat.

ini gambar keratan akhbar pasal dia kena tikam tu..



baca berita di bawah..

Thursday, 6 January 2011

Jangan Sembunyikan Minyak!!!

minyak oh minyak,
dimana engkau minyak,
jangan sembunyikan minyak,
engkau aku lanyak,engkau aku lanyak..(nyanyi ikut lagu katak oh katak..haha)

esh geram betul aku..huh



Ini berita dua lagi syarikat disiasat kerana disyaki menyeleweng


Wednesday, 5 January 2011

terkejut ayam goreng berbulu


huhu..aku selalu makan ni..harap-harap jangan ah jadi kat aku..
da la selalu makan ni..huhu

nampak tak bulunya?huhu
bukan main-main ye..baca ni..

Sunday, 2 January 2011

IRIS 2 keluar oktober 2011..lamanya!!

Wahh…tiba-tiba nak tengok perkembangan filem iris.bulan 10/2011 nanti baru keluar weyh..perghh..lama gila nak tunggu..maybe ramai yang dah tahu..aku je yang baru tahu..ketinggalan zaman aku ni..haha.tapi ni antara drama korea terbaik yang pernah aku tengok.terpaksa la tunggu sekuel dia,tapi hmm…berjanggut…but, aku akan tetap tunggu..haha





kenal lelaki beberapa jam,bawa masuk hotel..bodoh!!


KUALA LUMPUR: Tembelang seorang wanita memperalatkan anak kecilnya berusia dua tahun sebagai penyelamat untuk menutup perbuatan sumbang terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa ketika melampiaskan nafsu bersama kekasih hatinya, seorang warga asing, dalam bilik hotel di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini, semalam.
“Pada mulanya wanita itu mendakwa bayi terbabit adalah hasil perkahwinan mereka kira-kira setahun lalu. Bagaimanapun, tembelang wanita terbabit pecah apabila mengaku baru mengenali lelaki itu beberapa jam sebelum tahun baru sebelum dibawa ke hotel berkenaan,” katanya.
Dalam serbuan berasingan di hotel sama, dua remaja terkejut dan menangis teresak-esak selepas tergamam bilik ‘asmara’ mereka diserbu penguat kuasa.
Kedua-dua remaja, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, merayu dilepaskan dan mendakwa tidak berbuat apa-apa, sebaliknya hanya mendaftar di hotel untuk tidur selepas kepenatan menyambut tahun baru.
Difahamkan, mereka yang baru tiba dari Sabah ingin bermalam di hotel hanya sehari sebelum ke Johor untuk berjumpa ahli keluarga remaja wanita terbabit.  sumber-hmetro




Saturday, 1 January 2011

perlu ke lirik lagu lucah, maki hamun?

Selamat pagi blogger semua..
Selamat tahun baru diucapkan kepada semua.apa yang menarik perhatian aku bukanlah pasal khairul fahmi che mat.semua orang dok sibuk cerita pasal dia.aku malas da nak cerita pasal julia perez atau si jupe coli laser tu.haha.apa pun bola sepak dah melangkah maju ke hadapan,tapi ada segelintir yang membuatkan aku pening kepala(memang pening dah sebab tak cukup tido).
Kenapa diorang suka sangat buat lirik lucah,maki hamun ni semua?perlu ke?adakah hanya itu sahaja cara yang diorang ada untuk membuatkan diri diorang terkenal???asyik-asyik lucah,asyik-asyik maki.

seks,lucah,maki..perlu ke ini semua dalam lirik??

Thursday, 30 December 2010

from azwan ismail.. "saya gay..saya takut la..ok"

Selamat tengah hari blogger semua.
Ni aku nak cakap pasal si gay boy tu..Pendapat aku tentang azwan si gay?Sangat memalukan.lagi-lagi lelaki yang teruna macam aku ni pun takut dengar ayat GAY. Kau senang-senang boleh ngaku ea..aku tak tahu la apa yang kau fikir.kau bijak dalam pelajaran tapi bodoh dalam kehidupan.eh!!kau jangan nak marah pasal apa yang aku cakap ni.
Sebab apa kau tak boleh marah?macam yang kau cakap la.


 



Wednesday, 29 December 2010

Julia "coli" Perez dan ragam peminat indon..

Assalamualaikum pembuka bicara..

Masih lagi bercerita tentang Julia perez(jupe) .geram betul dengan dia tu.Aku pun tak tahu la kenapa aku rasa menyampah je dengan si jupe ni..padan muka dia sebab Front Pembela Islam (FPI) cakap taknak sokong pasukan Indonesia kalau dia tetap mahu meneruskan niatnya nak pakai coli laser kat semasa perlawanan nanti. .ni antara kata-kata ketua FPI :

“Tidak boleh. Itu membabitkan Undang-Undang Pornografi. Kalau dia terus dengan hasratnya untuk memakai coli laser, kami tidak akan menyokong pasukan Indonesia,” kata Ketua FPI Jakarta, Habib Salim Alatas. “Tujuannya tidak baik. Sedangkan kita berdoa untuk kemenangan Indonesia, dia pula mahu lakukan maksiat,” kata Habib.  hmetro

hey jupe..this one for you..aku rasa kau perlukan ini!!
gak perlu coli laser ahh.... haha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subscribe Now

tinggalkan tapak tangan anda

Powered by Blogger.