ini gambar keratan akhbar pasal dia kena tikam tu..
baca berita di bawah..
JOHOR BAHRU: “Selepas 22 hari bertarung nyawa, Ain akhirnya menghembuskan nafas terakhir pagi tadi, tiada lagi tawa dan gelagatnya menceriakan kami, namun kami reda dengan pemergiannya,” kata Marlina Jemedi, 31, kakak kepada Nurul Ain Ashikin ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.
Nurul Ain Ashikin, 17, mangsa yang ditikam 19 kali serta disimbah asid di rumah keluarganya di Kampung Sungai Redan, dekat Kota Tinggi, 16 Disember tahun lalu, disahkan meninggal dunia di HSI, jam 8.22 pagi
[...]
kakak mangsa, Suraidah, 28, berkata, keluarganya berharap polis akan membuka semula kertas siasatan dan mendakwa suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Menurutnya, suspek perlu dikenakan hukuman setimpal kerana perbuatannya terhadap Ain begitu zalim dan tidak berperikemanusiaan.
“Kami hanya mahukan keadilan untuk Ain dan berharap hukuman setimpal itu menjadi ingatan kepada orang lain supaya tidak bertindak luar kawalan,” katanya, semalam.
sumber - hmetro
berharap sangat suspek dikenakan hukuman yang setimpal sebab mangsa dah meninggal dunia,mungkin boleh buka kes balik.orang lain takkan takut buat kesalahan kalau hukuman yang diberikan untuk kesalahan berat tidak setimpal.akhir sekali,marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarhamah nurul ain ashikin.
Assalamualaikum.....
19 comments:
@NAZRUL AHMADkesian kan..teruk betul la...
@Azza Firzabagus azza..huhu
@Mohd Shafiq Izwan B Abdullah tu la...kesian kan..
@aNnE tu ah...geram betul...mintak2 dia bukak blik kes ni..huhu
@Lepat da dapat..tapi sekarang kan budak ain ni da meninggal,x tau la macam mana hukumannya nanti berubah ke x..
btw..al-fatihah..
tapi agak confused. arwah da kahwin ker?
@puteri ain huhu...bagus..
@me x tau la..baca cerita dia ni cam lom lagi..huhu
@saljihitam huhu...betul3.. x ptut kan...
@ijam ismail tu la...pelik la aku..aishhh
Post a Comment
err..komen laa...hehe