Wednesday 5 January 2011

cara mengatasi sukar tidur(insomnia)

Korang semua senang nak tidur ke?ada yang susah nak tidur macam aku?pening gila kepala aku ni.macam nak pecah pun ada.haisshh..tak boleh jadi ni.kena berubah gak.sampai bila nak macam ni.kalau dah susah tidur ni maksudnya insomnia la kan?kalau betul,sah-sah la aku kena..huhu

aku susah nak tidur,ko senang je.huh

siapa-siapa yang susah nak tidur,marilah kita baca bersama-sama tips ni..huhu





1. Tetapkan masa tidur dan masuk tidur pada waktu yang sama setiap malam.
2. Lakukan senaman pada siang hari. Semestinya anda akan rasa mengantuk pada malam hari. Kalau tak Berjaya juga, senamanlah sepanjang hari. Kalau tak letih, bukan orang namanya.
3. Jangan ambil minuman berkafien kerana ia mungkin menyebabkan anda tidak mengantuk.
4. Elakkan makan terlalu banyak pada waktu malam. Ingat bahawa esok masih ada untuk makan. Tapi kalau dah ajal, innalillah....(huhu)
5. Amalkan teknik relax secara kerap. Buat latihan pernafasan dan meditasi serta yoga (untuk bukan Islam).
6. Mandi dengan air suam sebelum tidur. Untung pada sesiapa yang dah berkahwin sebab boleh minta pasangan anda mengurut. Kalau yang belum berkahwin, minta kawan-kawan atau saudara untuk mengurut kerana mengurut juga boleh membuatkan anda relax. (jangan suruh awek atau pakwe!!)
7. Elakkan atau kurangkan buang air kecil. Jika terpaksa, cuba hadkan sekali selepas 1 jam di tempat tidur. Ada ke orang buang air setiap jam selain wanita mengandung? Wallahu’alam.
8. Jika tidak lena juga selepas 20 minit dan tidak mengantuk, bangun dan membaca (cari buku yang membosankan seperti buku sejarah ) atau lakukan sesuatu yang kurang aktif sehingga mengantuk. Kemudian cubalah tidur.
9. Jangan terlalu fikirkan masalah anda tak dapat tidur. Ingatkan diri anda, walaupun susah tidur, ia bukan ancaman kehidupan.

sumber - amik kat forum mesra

Dan untuk orang islam.
 Bila anda  sukar tidur, mungkin kerana fikiran anda sedang tergangu, bacalah doa ini:

Dari Zaid bin Thabit, sabda Nabi saw:




Ertinya:

"Ya Allah, sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata. Dan Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku".

(Riwayat Ibnu Sunni dan Tabarani)

sumber - islam2u

Done!!
So,good night everyone… hehe



8 comments:

anda kena tag join contest..hehheh

http://homosapiensz.blogspot.com/2011/01/pose-slumber-laptop-contest.html
 
aku pon jenis yang susah tidur malam.. Kul 12 ke atas baru tidur.. Kalau bebetul penat baru tido awal..
 

@Mr.IXmasih berfikir lagi..haha

 

@Fairus Bin Mamatsmlm aku tido awal sikit..haha

 
haha, aku nak tidoq kena kira biri2 dalam gambar.
hah!
 

@areripebaru kira sampai 5 da jem nnt..haha

 
akak takda masalah tido... sok ada anak pahamlah :)
 

@Norahaha..bagus..leh praktikkan..

 

Post a Comment

err..komen laa...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subscribe Now

tinggalkan tapak tangan anda

Powered by Blogger.