Monday 27 December 2010

Perhatian kepada pencopy paste berita!!

catatan aku :
betul apa yang dia cakap ni.sebab aku selalu tengok orang selalu buat dan ambil melalui berita.kadang-kadang aku ada gak terbaca tajuk entri serupa macam harian metro,ada yang cakap tulis sendiri,aku pun dah tak ingat siapakah gerangan orang itu.kalau ye pun aku ingat,takkan la aku nak cakap lak siapa insan itu.huhu .aku jarang baca surat khabar online.sakit mata nak baca.tapi sebagai pengguna blog,memang ini salah satu cara untuk meningkatkan trafik.so aku nak share la tips ni dengan korang semua terutamanya blogger2 yang baru lagi macam aku ni mungkin tak tahu..baca k ;)







Mendapatkan traffic daripada berita semasa memberi pulangan traffic yang baik. Ramai bloggers menggunakan teknik ini kerana setiap berita semasa yang sedang hangat diperkatakan akan dicari oleh ramai pengguna internet. Namun begitu, apabila terlalu ramai yang menggunakan teknik ini, persaingan menjadi sangat tinggi. Tips-tips berikut mungkin boleh membantu untuk anda mendapat traffik dari berita semasa tersebut:

  1. Membuat entry seawal yang mungkin.Apabila entry yang dibuat awal, injin pencari akan mengesan entry kita lebih awal dan peluang keputusan carian juga lebih tinggi. Pelawat juga masih belum membaca berita tersebut dan tertarik untuk membacanya.
  2. Mempunyai blog mesra SEO. Peranan SEO dalam pencarian adalah penting untuk memamparkan keputusan cari di halaman teratas. Kebiasaan blog baru agak akan ketinggalan dari segi SEO. Blog-blog otai mempunyai banyak backlink, mesra SEO serta pelawat menjadikan entry tersebut mudah dikesan oleh injin pencari.
  3. Mengolah tajuk dan entry menjadi lebih menarik dan berkesan. Ramai yang hanya salin dan tampal (copy & paste) dari berita-berita online. Cara ini bukan sahaja menjadikan tajuk dan entry sama malah mewujudkan 'duplicate data' dalam injin pencari. Bina atau ubah tajuk supaya lebih menarik dan menepati 'keyword' carian. Buat huraian peribadi dan memasukkan dokumen tambahan sangat membantu menjadikan entry anda lebih menarik seperti gambar, dokumen, video dan sebagainya yang dirasakan sesuai.
  4. Membuat ping entry dan kongsi di laman sosial. Adalah penting membuat ping entry di laman-laman ping dan membuat perkongsian di laman sosial atau socialbookmark seperti twitter, facebook, Digg, StumbleUpon, Technorati dan lain-lain. Promosi melalui blogwalking juga sangat membantu. Ia bukan sahaja menambah traffic tetapi juga menaikkan SEO entry anda.
Berita semasa yang hangat sangat gemar dicari dan dibaca. Guna peluang ini untuk mendapatkan traffic ke blog anda. Tetapi harus pastikan, jangan sampai blog anda menjadi blog berita pula kerana terlalu mengejar traffik. Pastikan ia sesuai dengan tema blog anda. Contoh jika blog tema komputer, tetapi entry berkaitan ke pembunuhan, rompakan, ia akan agak janggal. 

sumber - riwayat hidupku    (banyak tips kat sini.hehe)


3 comments:

tips yg menarik..ni tips copy paste secara bijak^_^
 

@zuarhaha..bagus kan..

 
selalu tjuk kt berita xbest jd kita olah bg best..hehehe
 

Post a Comment

err..komen laa...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subscribe Now

tinggalkan tapak tangan anda

Powered by Blogger.