Sunday 26 December 2010

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Berkahwin..

ini bukan aku tulis ya..tapi mesti ada di antara kita yang tak tahu benda ini.so nak bagi gak korang tahu ye..bagus juga baca ni.at least kita tahu apa perlu kita buat..huhu


aku kahwin nanti ingat nak berarak guna kereta kebal..ok x?





Kebanyakan pasangan hanya bercakap mengenai persiapan perkahwinan mereka berbanding kehidupan selepas mereka berkahwin. Adakah penting untuk anda berbincang mengenai perancangan anda selepas anda berkahwin? Sudah tentulah sangat penting. Dengan berbincang mengenai harapan, perancangan, ketakutan dan aspirasi anda bersama pasangan anda sebelum melangkah ke alam perkahwinan, anda berdua mampu untuk bekerjasama dalam mengekalkan perkahwinan tersebut. Bincangkan mengenai persoalan-persoalan berikut :

Kenapa anda berdua berkahwin?


Adakah anda berdua ingin melangsungkan perkahwinan ini kerana anda saling menyayangi atau anda hanya ingin membahagiakan keluarga anda? Bincangkan dengan pasangan anda mengenai perkara ini dan senaraikan 10 sebab mengapa anda berdua perlu berkahwin. Mungkin kerana anda saling sayang menyayangi dapat mengukuhkan lagi sebab mengapa anda berdua perlu berkahwin. Tetapi, sekiranya perkara yang anda senaraikan amat berlawanan dengan pasangan anda, ini menunjukkan petanda yang tidak baik. Mungkin perspektif anda berdua yang berlainan menunjukkan perbezaaan yang terdapat di dalam keperluan cinta dan kasih sayang anda berdua. Mungkin dengan menyenaraikan 10 perkara ini dapat memberikan anda berdua gambaran yang jelas perbezaan keperluan anda terhadap pasangan anda sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan.

Apakah peranan anda sebagai seorang bakal suami atau isteri?
Perkara ini amat penting kerana kebanyakan daripada lelaki memikirkan mereka mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengawal seorang isteri. Ia mungkin betul. Lagipun, syurga adalah di bawah telapak kaki suami yang seorang isteru perlu sanjungi dan hormati. Tetapi, lelaki patut mengetahui bahawa kerjasama di antara suami dan isteri adalah amat penting kerana isteri bukanlah seorang hamba, mesin seks atau ‘habuk di ibu jari kaki anda’. Pada zaman sekarang, anda tidak disarankan untuk memegang konsep atau peranan seorang suami ‘traditional’. Dan bagi skop peranan seorang isteri pula ialah untuk mencintai, menyayangi, menyokong seorang suami dalam apa jua keadaan pun. Jadi sekiranya anda berdua memahami peranan masing-masing, anda berdua mungkin layak untuk bersama. 

Adakah anda mempunyai perkara yang anda takuti mengenai perkahwinan?
Sekiranya anda mempunyai sesuatu perkara yang anda takutki mengenai perkahwinan, ia adalah suatu perkara yang normal. Kebiasaannya, perkara yang pasangan takuti ialah mengalami perkahwinan yang terputus di tengah jalan, tanpa hubungan seks, masing-masing tidak mahu bertegur sapa, tiada ucapan romantik, kesengsaraan dan sebagainya. Cara yang terbaik untuk mula berbincang mengenai persoalan ini ialah dengan berbincang mengenai perkahwinan ibu bapa anda sendiri. Bincang, apa yang anda berdua dapat belajar melalui pemerhatian anda terhadap perkahwinan mereka dan perkara yang anda tidak suka dan tidak akan mengulanginya di dalam perkahwinan anda.

Adakah anda berdua menginginkan anak?
Apabila menyentuh mengenai persoalan ini, mungkin ia kedengaran agak ‘poyo’. “Wah! Kawin pun belum, dah nak borak pasal anak.” Huhu. Bagi saya, tidak salah untuk membicarakan soal ini bersama pasangan anda sebelum anda berdua menuju ke alam perkahwinan. Bukan berapa orang anak yang kita mahu tahu tetapi dari sudut psikologi, melalui persoalan ini, kita akan dapat mengetahui bahawa adakah anda berdua mempunyai pendapat pendapat yang sama dalam aspek perancangan keluarga. Ini bukan perkara yang remeh-temeh kerana ia boleh menjadi punca pergaduhan suami isteri selepas mereka berkahwin.Dalam memastikan sesebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat, anda mungkin perlu menggariskan beberapa perkara berikut :

  • Kami menginginkan perkara yang sama di dalam kehidupan kami 
  • Kami mempunyai persamaan moral, matlamat dan sikap yang penting dalam kehidupan kami
  • Kami mempunyai pendapat yang sama mengenai anak dan bagaimana cara kami ingin membesarkan mereka
  • Jangan jangakan bahawa sesuatu perkahwinan itu akan merubah kami menjadi orang lain (tidak sama ketika kami bercinta)
  • Kami telah berbincang dan mempunyai perancangan yang jelas dalam menentukan masa depan keluarga kami

Credit: emel mawa. edited by 
e1xtrim

10 comments:

tang majlis tu la yg extravaganza tu.....tup2 cerai....pe kes kn
 

@Mr.IXartis la contohnya...x tau nak cakap camne..kebanyakan alasan sama je..xde persefahaman lagi..patutnye lpas kawin la mkin byk persefahaman..mak aku ckp la...hahaha

 
pasal anak tu aku sokong
sebab kita berkahwin sebab salah satunya nak anak juga kan
jadi xsalah berbincang
betul tu

P/S : Drama Antara Garisan Memang Layak Ditabalkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010
 

@hans2la pasal..memang penting 2..tapi bincang je,nak buat anak lepas kahwin..haha

 
setuju dgn mr.IX

Nabi ajar biar bersederhana..

yang penting niat tu...
 

@saljihitam betul3...huhu..pandai cik salji..huhu

 
Thanks for finally writing about > "Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Berkahwin.." < Loved it!

Feel free to visit my web-site - ロレックスレプリカ
 
Aw, this was a very nice post. Taking a few minutes and actual effort to create a really good
article… but what can I say… I hesitate a lot and
never seem to get anything done.

My web blog ... ロレックスレプリカ
 
I all the time used to read post in news papers
but now as I am a user of net therefore from now I am using net for articles,
thanks to web.

Feel free to surf to my web site - 激安プラダ バッグ
 
I have been browsing on-line more than 3 hours nowadays, yet I never discovered any interesting article like yours.
It's lovely worth sufficient for me. In my view, if all website owners and bloggers made good content as you probably did, the net will be a lot more useful than ever before.

Have a look at my homepage :: ロレックスレプリカ
 

Post a Comment

err..komen laa...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subscribe Now

tinggalkan tapak tangan anda

Powered by Blogger.